BAHAN-BAHAN
500g udang (sederhana besar) - dibersihkan
12 tangkai cili kering - (bahan kisar)
( Saya lbh suka rebus, kemudian buang air/bilas serta buang biji)
1/2 biji bawang besar, potong nipis
1 atau 2 batang serai, dititik
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih ( bahan kisar)
6 ulas bawang merah (bahan kisar)
2 inci halia (bahan kisar )
1 labu bawang besar
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar sos tiram
1 sudu gula (atau ikut suka)
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika mahu)
Bersihkan udang. Kisar lada kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Titik serai.Panaskan minyak lebih kurang 2 sudu besar. Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan bahan kisar.Tumis bahan tumis hingga cukup masak. Masukkn udang. Masukkan serai dan sos tiram ( ada yang suka letak sos cili, saya lebih suka letak sos tiram).Masukkan gula dan garam. Masukkan asam jawa.Masukkan juga perasa kalo mahu. Tadaa...siap. Simple saja kan. ( bahan macam lada kering dan bawang kecil tu korang ubahsuai lah sukatan mane yg ptt. Saya kalo masak mmg pakai agak2. Biasalh kita kan..Saya suka sambal lebih , jd kene tambah lh tu..hehehe..). Lg satu nk pesan, udang tu jangan lama-lama. Lama sgt nnti keras lerr...x sedap.