RESEPI MUDAH.....SEDAP GAKKK...
RINGKAS , MUDAH...Apa yang penting???...Sedap lerrr...
Friday 29 November 2013
Thursday 28 November 2013
NASI GORENG IKAN
Sesekali sarapan pagi sedap gak makan nasi goreng. Tidak kisahlah nasi goreng apa pon boleh. Hari ini saya masak nasi goreng ikan.
Bahan-bahan
Nasi - 2 1/2 mangkuk sederhana / ikut suka
Cili padi - 8 biji ( Tumbuk setakat pecah) - Sekiranya ingin dikisar kurangkan jumlah cili
Bawang merah - 10 biji (Kisar)
Bawang putih - 4 biji (Tumbuk setakat pecah )
Belacan - 1 1/2 cm (Kisar)
Ikan bilis - 50 gm (kisar)
Ikan bilis - 70 gm (digoreng garing)
Ikan kembung - 4 ekor (saiz sederhana ) atau boleh juga 2 ekor ikan tongkol
( Garam kunyit dn digoreng- ambil isinya dan dihaluskan)
Jumlah ikan juga bole ditambah ikut suka
Kacang panjang - 8 batang ( Potong kecil-kecil 6mm )
Udang - 6 ekor (Kalo mahu)
Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bahan kisar . Tumis hingga garing sedikit. Masukkan udang (jika mahu). Masukkan isi ikan . Masukkan kacang panjang. Masukkan garam . Masukkan bahan perasa (jika mahu). Masukkan nasi dan gaul rata. Nasi berkurangan panas bolehlah ditabur dan gaul dengan ikan bilis goreng .Hidang dengan bawang goreng. Makan dengan telur ayam goreng mata kerbau dan keropok goreng.

Tuesday 26 November 2013
SAMBAL UDANG
BAHAN-BAHAN
500g udang (sederhana besar) - dibersihkan
12 tangkai cili kering - (bahan kisar)
( Saya lbh suka rebus, kemudian buang air/bilas serta buang biji)
1/2 biji bawang besar, potong nipis
1 atau 2 batang serai, dititik
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih ( bahan kisar)
6 ulas bawang merah (bahan kisar)
2 inci halia (bahan kisar )
1 labu bawang besar
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar sos tiram
1 sudu gula (atau ikut suka)
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika mahu)
Bersihkan udang. Kisar lada kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Titik serai.Panaskan minyak lebih kurang 2 sudu besar. Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan bahan kisar.Tumis bahan tumis hingga cukup masak. Masukkn udang. Masukkan serai dan sos tiram ( ada yang suka letak sos cili, saya lebih suka letak sos tiram).Masukkan gula dan garam. Masukkan asam jawa.Masukkan juga perasa kalo mahu. Tadaa...siap. Simple saja kan. ( bahan macam lada kering dan bawang kecil tu korang ubahsuai lah sukatan mane yg ptt. Saya kalo masak mmg pakai agak2. Biasalh kita kan..Saya suka sambal lebih , jd kene tambah lh tu..hehehe..). Lg satu nk pesan, udang tu jangan lama-lama. Lama sgt nnti keras lerr...x sedap.

Subscribe to:
Posts (Atom)